Para Pencari Tuhan ialah sinetron Indonesia yang ditayangkan setiap hari selama bulan
Ramadan di
SCTV sejak 2007. Sinetron ini diproduksi oleh PT
Demi Gisela Citra Sinema, ditulis oleh Wahyu H.S. (penulis
Lorong Masa dan Demi Masa), Amiruddin Olland, Syaikhu Luthfi dan disutradarai oleh
Deddy Mizwar, Kiki ZKR dan Tito Kurnianto. Secara garis besar, sinetron ini menceritakan kehidupan seorang pengurus surau bernama Bang Jack (Deddy Mizwar) yang membawa orang-orang di sekitarnya ke arah ajaran agama Islam.Para Pencari Tuhan ditayangkan semasa masa
sahur mula pukul 02:30 WIB sehingga 04:30 WIB dalam musim 1–6, pukul 03:00 WIB sehingga 04:30 WIB ketika musim 7, pukul 03:00 WIB sehingga 04:15 WIB pada musim 8–13, dan mula pukul 02:45 WIB sehingga 04:30 WIB pada musim 14–15. Selama penayangannya, sinetron ini diselingi dengan kuiz pada awal, tengah, dan akhir sinetron dengan hadiah jutaan rupiah. Sehingga 2023, sudah terdapat 16 musim Para Pencari Tuhan yang ditayangkan. Selama penayangannya, sinetron ini telah menerima beberapa anugerah, termasuk Festival Filem Bandung untuk Sinetron Terbaik pada 2008, dan beberapa Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia untuk program drama siri. Oleh kerana tempoh penayangannya yang begitu lama, Para Pencari Tuhan menerima rekod Museum Rekod Indonesia bagi Siri Religi Ramadan Berterusan Terlama pada 2023.